Friday, December 31, 2010

Wierd Fish


Semua orang tahu ikan menggunakan sirip untuk berenang di dalam air tetapi terdapat sejenis ikan yang menggunakan sirip untuk berjalan.Namun ikan yang menggunakan sirip untuk berjalan merupakan spesies yang lain daripada yang lain apabila dikatakan oleh penyelidik bahawa ia menyalahgunakan sirip di bawah abdomennya untuk berjalan di dasar laut.Ikan yang ditemui di perairan Tasmania,Australia juga dilihat lebih kerap menggunakan siripnya untuk berjalan berbanding untuk berenang.Ikan ini kemudiannya dikelaskan dalam kumpulan spesies baru ikan bertangan bagi menjelaskan spesies tertentu dari kumpulan ikan yang memiliki tangan atau lebih tepat menyalahgunakan sirip untuk berjalan dan digelar handfish.
Salah satu daripada spesies ikan bertangan atau handfish ini juga telah dinobatkan oleh laman web National Geographic sebagai antara spesies baru haiwan paling pelik pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment